Assalamualaikum.....

Waktu cuti Chinese New Year ni, dah beberapa kali bercadang untuk update blog, tapi tak ter-update.. tapi hari ini dengan semangat yang kental seperti kulit durian, ku gagahkan tangan ini menari-nari di atas papan keyboard yang dah hilang huruf-hurufnya.

JUVANA

Saya mengupdate blog kali ini sambil menonton cerita JUVANA... termasuk kali ini hampir 5 kali dah saya menonton cerita ni. Kebiasaannya saya sangat susah untuk menonton cerita genre AKSI, kerana saya paling tak suka tengok orang berlawan-lawan nie... tapi dah beli kan, so saya tengok je lah..

Rasa nak muntah tengok dia orang berlawan-lawan, dan sangat menakutkan.. cuba bayangkan kita yang masuk dalam sekolah tu, macam mana ek? Ya Allah tak sanggup nak bayangkan, sekolah yang ada batu bata yang tinggi, pagar elektrik tak dapat nak lihat dunia luar, dan sekeliling kita semua orang yang ganas-ganas. seriusly TAKUTTT!

Tapi cerita JUVANA nie memang best lah! nak-nak lagi tengok Sharnaaz belakon, menjadi gila dia berlakon jadi budak jahat...


i like this part.........
kepada sesiapa yang masih belum menonton filem ini, tengok tau... mungkin cerita ini menunjukkan keganasan, tapi cuba anda lihat dari segi yang positif mungkin korang akan jumpa moral dalam cerita ni...
kalau dulu saya beranggapan semua budak yang pernah masuk sekolah ni jahat, tapi lepas tengok cerita nie, dan bila difikir-fikir balik tak semua yang ada kat situ jahat, dan tak semua yang ada kat situ tak kan boleh berubah sampai bila-bila... tak semestinya mereka jahat, selama-lamanya mereka akan menjadi manusia yang tidak berguna... :) that's i got! its mean so much to me..................

SANAY WALA NANG WAKAS

Cerita nie cerita lama... mesti semua orang dah tahu kan kisah pasal cerita ni... tapi saja je nak cerita, sebab cerita ini sekarang disiarkan di televisyen.... waktu saya menonton cerita ini beberapa tahun yang lepas, tak ingat lah darjah berapa... jalan cerita ini pun dah samar-samar. yang saya ingat cerita ini pasal 2 orang yang terkandas di pulau lepas tu bercinta... tu je lah kot yang saya ingat.


kristine hermosa and jericho rosales <3
sebenarnya tak terlintas pun nak tulis pasal cerita-cerita nie, tapi tangan ku ini bergerak dengan sendirinya dan menaip dengan laju di atas papan keyboard.. :)

I LOST MY FRIEND

kawan-kawan rapat saya mungkin tahu saya kerja apa... yes, saya bekerja sebagai assistant teacher, it's quite tiring... tapi bila tengok perangai budak-budak kat situ rasa macam hilang semua beban. mereka sangat enjoy life dia orang... berlari sana sini, tak ada masalah nak difikirkan... bercerita dengan semangat nya dengan kawan-kawan... terasa rindu pulak apabila jadi budak-budak dulu...itu masa lampau... benda yang paling jauh dari kita adalah masa lampau dan paling dekat dengan kita ialah kematian...

the line that i always remember when i thought about my past.

title above, bukanlah dituju kepada kawan-kawan rapat saya...
masa mula-mula saya masuk  kerja, semuanya adalah benda yang baru bagi saya.. i know nothing! ZERO... i need some time to learn what my senior do... for my first week it's quite suck! because i don't know what should i do... i just silent myself and sit in the corner and watch the kids playing among them....

my first day :
Auntie Sue (my senior) suruh saya bawa naik seorang budak yang galas beg angry bird ke play house... seriously budak tu sangat comel! geram je aku nak cubit pipi dia.. tapi sabar anak orang tu.. kalau sepupu aku dah lama dah aku cubit! 

nama budak tu SHAMEER... nama pun dah comel kan.. tapi dia bahasakan diri dia sebagai abang, so saya pun panggil dia abang lah... kalau dia nangis, gaduh dengan kawan-kawan dia mesti dia akan sebut

"abang nak naik atashhh" dengan tangisan..

seriusly the voice is soooooooo cute! sebenarnya kami dah pun berada di tingkat atas, maksud abang shameer ni dia nak turun bawah.... he can't differentiate upstair and downstair... disebabkan dia terlampau comel, saya selalu buat di nangis.. hehe... kalau lepas mandi dia buat perangai tak nak pakai baju... then i just say...

"ibu, don't come... abang naughty!"

then he will started crying... :p hahaha... shooooo CUTE!

okay back to topic my first day...

bila masuk je dalam playhouse tu saya ternampak seorang budak yang pegang teddy bear bunny.. that i called that thing mr. bunny... the kids that hold mr bunny is Anis Alwany. Then, i approach that kids... and try to ask her name.... agak sombong budak tu, dia sangat susah nak gelak apabila saya buat lawak... saya amik mr bunny and main dengan budak-budak lain.. dia orang semua gelak, tapi Anis seorang je yang tak gelak.. then, suddenly she put her hand on my hand... and laugh! omg, its damn cute!

Anis Alwany is my friend who i want to write about today....

setiap hari dia datang awal dari saya, apabila saya datang dia dah pun duduk bersila dengan beg dia yang lebih besar ari dia kat sebelah, anis ni baru 2 tahun. setiap pagi agak susah nak tegur dia sebab dia agak badmood... dia tak macam budak yang sama umur dengan dia... selalunya budak yang sama umur dengan dia sangat nakal dan susah nak dengar apa yang kita cakap.. tapi dia, dia pandai.. dia paham apa yang kita cakap, cara dia macam budak besar...

setiap pagi dia akan duduk sorang-sorang pastu murung, saya akan pergi dekat dia.. then saja usik-usik dia, dia pusing... aishh... susah betul lah budak nie... then, saya just pergi dari dia duduk dekat pintu gril, and tunggu budak playhouse yang lain sampai... then again! dia datang kat saya and hold my hands... Anis Alwany with full of suprise... tapi muka dia tetap murung... lepas tu saya akan buat muka-muka yang pelik, baru lah dia ketawa.... tahu tak bagaimana perasaan ketika tu, bila seorang budak yang susah nak bukak mulut , nak senyum.. ketawa depan kita... it's so meaningful to me.... yelah, saya masih baru kat situ.. sangat susah nak berborak dengan orang lain... dan rasa sangat awkward untuk berkata-kata, dan tiba-tiba seorang budak yang hanya rapat dengan kita, tempat kita berborak... is so meaningful to me... it's can't be express with the words!

Anis duduk kat situ sampai petang, full day... yes, saya sangat suka! sebab dia boleh temankan saya sampai petang...other words is sampai saya balik... the other kids call me auntie... tapi Anis takk... dia panggil saya kakak... dah penat saya ajar dia panggil auntie, tapi dia tetap tak nak...then i give up, saya pun bahasakan diri saya kakak dengan dia seorang saja! see, betapa specialnya Anis buat diri saya nie!

setiap pagi jugak, kalau kita orang masuk bilik playhouse anis dengan sendirinya ambil bantal dia and then sleep... dia tak macam budak lain, menangis kalau nak tidur...

Anis tak minum susu macam budak-budak lain... dia minum susu kat rumah je.. memang kat situ dia tak minum langsung susu.. so dia memang kuat makan! tapi badan kecik je.. biasalah budak-budak...

nak dekat pukul 12 baru dia bangun... waktu tu saya agak busy kerana nak tukar kan baju budak-budak yang balik pukul 12.. dia just duduk atas tilam and tengok saya tukarkan baju budak-budak lain...

"anis tunggu kejap eh?"

dia just angguk kalau saya kata macam tu... hampir setiap hari saya akan kata macam tu, saya akan dahulukan budak-budak lain baru dia... jahat tak apa saya buat? sebenarnya tu bukan intention saya... saya ada intention saya sendiri.. kalau saya mandikan dia awal-awal, saya kena cepat mandikan dia untuk mandikan budak-budak lain pulak. saya nak mandikan anis lama-lama. sebab bila dalam bilik air, tak ada orang lain... dia akan banyak bercerita, pasal adik dia pasal daddy dia pasal mummy dia and macam-macam lagi... setiap kali waktu nak mandikan dia saya rasa teruja, sebab nak dengar cerita dia.. waktu tu dia akan tunjuk perangai budak-budak dia yang sangat comel!

lepas hantar budak-budak yang balik pukul 12 baru saya akan mandikan dia.. dan saya akan berada dalam toilet tu dengan dia dalam jangka masa yang agak lama! sebenarnya tak bagus duduk dalam tu lama-lama. lepas budak pukul 12 dah balik, yang tinggal hanya 5 orang budak... so saya banyak habiskan masa bersama anis... nak turun makan mesti dengan dia... dia akan selalu ikut saya ke mana saya pergi...

kadang-kadang dia akan merajuk bila saya main dengan budak lain, penat lah jugak nak pujuk dia.. tapi lagi dia merajuk lagi kuat saya menyakat dia... dia takkan nangis! i miss her so much! tapi dia dah pull-out... saya tak sempat say goodbye!

last day dengan dia, dia memang banyak cakap... ajar dia colour.. setiap 10 saat... dia akan cakap

"akak, anis dah siap"

banyak kali dia ulang ayat tu... sabar je lah aku dengan anis nie... nak marah tak sanggup sebab dia terlampau comel!

waktu saya nak balik, tiba-tiba saya terasa nak peluk dia sekuat hati... then saya peluk lah... haha.. kesian dia... seriusly saya tak tahu tu last day dia...

malam tu semua auntie kena pergi pangkor, kita orang naik bas ke Shah Alam dulu... sampai kat Shah Alam.. tengah borak-borak dengan yang lain tiba-tiba kak laila (senior) kate.


"sian Nadia... lepas nie anak nadia dah tak ada"

like usual i will blurr for a while... and then i ask..

"kenapa?"

"anis dah kena pull-out"

dalam hati...

what?! seriously? maknanya tadi last day lah? tak boleh jumpa anis dah lah? 

Allah je yang tahu macam mana aku tahan menangis waktu tu... nasib baik boleh control dengan senyuman yang paling manis dan paling fake sekali! i hate that moment!

rasa macam kena tarik lepastu humban ke laut, tak ada kapal nak tolong selamatkan...

sempat lagi aku berfikir, macam mana nak g kerja kalau tak ada anis.. kalau tak anis nnt aku nak buat apa? aku nak cakap dengan siapa? sape lagi nak cari gaduh dengan aku? sampai sekarang soalan tu masih lagi berlegar di fikiran ku.. walaupun dah 2 minggu tanpa anis, aku masih tak jumpa pengganti lagi... aku just sibukkan diri dengan buat kerja-kerja yang ada.... 

and then saya dapat tahu yang dia duduk kat taska selang 3 buah rumah dari situ... waktu balik saya lalu kat depan tu and meninjau-ninjau dengan harapan dapat tengok dia... tapi it's just hopeless! i just hope i will meet her one day, and she will remember me... nak harapkan budak yang berusia 2 tahun untuk ingat aku....

I MISS YOU SO MUCH ANIS ALWANY!

maaf, untuk entry kali ini saya tak boleh sertakan gambar budak-budak yang saya ceritakan.. kerana bagi saya ia sungguh private! terutamanya gambar Anis, yes, saya tamak.. saya nak dia sorang! haha... <3 i love her.. and i miss her so badly....

with the tears........ I LOVE YOU ANIS!

No comments: